Contoh Pasangan bes

Jujukan-jujukan DNA yang berikut menggambarkan corak pasangan bes bertetali tunggal. Biasanya, tetali atas ditulis dari hujung 5' ke hujung 3'; oleh itu, tetali bawah pula ditulis dari 3' ke 5'.

Jujukan DNA berpasangan bes:ATCGATTGAGCTCTAGCGTAGCTAACTCGAGATCGCJujukan RNA yang bersamaan dengannya, di mana urasil diganti dengan timina di tempatnya dalam tetali RNA:AUCGAUUGAGCUCUAGCGUAGCUAACUCGAGAUCGC

Ukuran panjang

Singkatan-singkatan berikut sering digunakan untuk menerangkan kepanjangan sebutir molekul D/RNA:

  • bp = pasangan bes (base pair) — 1 bp bersamaan dengan lebih kurang 3.4 Å (340 pm) di sepanjang tetali
  • kb (= kbp) = kilo pasangan bes = 1,000 bp
  • Mb = mega pasangan bes = 1,000,000 bp
  • Gb = giga pasangan bes = 1,000,000,000 bp.

DNA/RNA tetali tunggal pula diukur dengan unit nukleotida digunakan dan disingkatkan sebagai nt (knt, Mnt, Gnt) kerana ianya tidak berpasangan. Untuk membezakan unit storan komputer dengan bes, kbp, Mbp, Gbp, dsb. boleh digunakan untuk pasangan bes.

Sentimorgan juga sering digunakan untuk membayangkan jarak di sepanjang sebutir kromosom, tetapi bilangan pasangan bes yang berpadanan dengannya amat berbeza-beza. Pada genom manusia, 1 sentimorgan bersamaan dengan kira-kira 1 juta pasangan bes.[5][6]